Ini adalah 5 Tips mudah bagi pelajar-pelajar yang sedang PdPR.

1. Tempat Belajar Yang Kondusif
Ibu bapa perlu menyediakan satu ruang kondusif bagi kanak-kanak supaya mereka dapat belajar tanpa sebarang gangguan. Sediakan ruang yang mempunyai talian internet laju agar mereka dapat mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru yang teliti. Ruang senyap dengan cahaya matahari, meja dan kerusi sesuai boleh meningkatkan tumpuan Ketika sesi pembelajaran mereka.

2. Sediakan Jadual Waktu
Sesetengah keluarga mengalami masalah dari pengurusan masa kerana terdapat lebih daripada satu anak yang belajar pada waktu untuk menguruskan masa berdasarkan waktu pekerjaan anda dan waktu pembelajaran anak-anak supaya tidak mengalami masalah pertembungan masa.

3. Lakukan Aktiviti Pendek
Pengadaptasian norma baharu dalam system pembelajaran agak sukar bagi kanak-kanak yang sudah terbiasa berada di secara fizikal di sekolah. Oleh itu, mereka mudah hilang focus apabila duduk di satu tempat bagi tempoh masa yang lama. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti pendek seperti bersenam, melukis, mewarna dan lain-lain secara selang seli bagi memastikan mereka Kembali cergas dan focus kepada pembelajaran.

4. Bersikap Fleksibel
Bersikap fleksible adalah penting dengan menyesuaikan masa bekerja anda dengan anak-anak supaya dapat membantu mereka melakukan tugasan sekolah. Ibu bapa perlu meluangkan masa Bersama anak untuk menghabiskan tugasan mencabar dengan membimbing mereka agar dapat menyiapkan tugusan dalam tempoh masa yang diberi.

5. Berhubung Dengan Kawan-Kawan
Kanak-kanak pastinya merindui kawan-kawan yang telah beberapa bulan tidak berjumpa. Ibu bapa boleh membantu menghubungkan mereka dengan anak-anak agar mereka tidak melepaskan peluang membentuk hubungan sosial Bersama kawan-kawan. Lakukan interaksi sosial menerus media sosial secara berkala supaya membantu mereja kekal berhubung dengan dunia luar.
Semoga tips ni dapat membantu pelajar-pelajar dan juga ibu bapa di rumah. Jangan lupa pendaftaran Kangaroo Matematik bagi pelajar sekolah menengah masih lagi dibuka. Jom daftar Kangaroo Matematik!