Pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dianggap penting dalam pembangunan hari ini kerana ia menyumbang kepada pembangunan ekonomi, inovasi dan menyediakan peluang pekerjaan yang menarik.
Selaras dengan ini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan dasar 60:40 untuk menambah bilangan pelajar yang menyertai bidang STEM.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan dasar ini telah menghadapi pelbagai cabaran kerana peratusan pelajar dalam bidang STEM belum mencapai sasaran 60%. Laporan Kementerian Pendidikan pada 2020 menunjukkan hanya 47.18 peratus pelajar peringkat menengah atas di seluruh negara yang memilih bidang STEM.

Bahkan laporan media turut mendedahkan berlaku pola penurunan permintaan pelajar bagi program berasaskan sains dan teknologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Dalam blog kalini, kita akan mengupas 3 Faktor Penurunan Pelajar dalam STEM berdasarkan kaji selidik oleh Nor Aidillina Mohd. Ramli, Marinah Awang.
- Faktor Pelajar
- Faktor Sekolah
- Faktor Ibu Bapa
Faktor Penurunan Minat Pelajar dalam STEM
Faktor Pelajar
Pelajar merupakan salah satu daripada faktor utama yang mempengaruhi penurunan trend dalam STEM ini. Hasil kaji selidik mendapati bahawa faktor melibatkan pelajar adalah
- Minat
- Keyakinan diri
- Pencapaian dalam Sains dan Matematik.
Minat (Interest)

Faktor utama yang mempengaruhi pelajar mengambil bahagian dalam bidang STEM ialah kurangnya minat mereka terhadap subjek tersebut. Berdasarkan kaji selidik, minat merupakan pendorong utama kepada seseorang individu untuk melakukan sesuatu.
Minat pelajar yang rendah terhadap mata pelajaran STEM menyebabkan mereka cenderung untuk memilih bidang bukan STEM. Ini mengakibatkan dasar 60:40 Sains dan Sastera ini gagal dicapai.
Oleh itu, amat penting untuk seseorang pelajar itu didedahkan dengan pelbagai program STEM di usia muda. Antara langkah terbaik adalah dengan melibatkan mereka dalam pertandingan pendidikan seperti Kangaroo Math Competition, Kancil Science Competition dan Beaver Computational.
Ketiga-tiga pertandingan ini merupakan platform yang terbaik untuk meningkatkan minat pelajar terhadap STEM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini, anda boleh layari di bawah:
Keyakinan diri (Self-Confidence)

Keyakinan diri merupakan satu lagi faktor yang dikenalpasti oleh responden. Responden menegaskan bahawa rata-rata pelajar Malaysia kurang keyakinan diri dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Rata-rata pelajar Malaysia merasakan mata pelajaran Sains dan Matematik adalah sukar dan menyebabkan mereka sukar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Ini akan menjejaskan motivasi pelajar dan secara tidak langsung minat mereka dalam bidang STEM juga akan berkurang.
Namun, persepi tersebut perlu segera dihentikan. Tapi bagaimana? Penglibatan pelajar dalam pertandingan pendidikan seperti Kangaroo Math Competition, Kancil Science Competition mampu mengubah stigma sebegitu!
Melalui penyertaan pelajar dalam pertandingan tersebut, pelajar akan didedahkan dengan soalan-soalan yang mampu meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam subjek Matematik dan Sains.
Pencapaian dalam Sains dan Matematik

Pencapaian yang kurang memuaskan dalam subjek Sains dan Matematik semasa peperiksaan juga merupakan faktor penurunan pelajar dalam aliran STEM.
Apabila pelajar mencapai keputusan yang baik dalam Sains dan Matematik, mereka akan cenderung untuk menunjukkan minat terhadap STEM. Namun sebaliknya sekiranya pencapaian mereka kurang memberangsangkan. Secara tidak langsung menyebabkan pelajar akan hilang motivasi untuk mengambil aliran STEM dan ini mengakibatkan dasar 60:40 gagal dicapai.
Walau bagaimanapun, guru-guru atau ibu bapa boleh membantu pelajar untuk meningkatkan semula motivasi mereka terhadap STEM melalui penglibatan dalam Kangaroo Math Competition dan Kancil Science Competition.
Melalui penyertaan pelajar dalam pertandingan ini, pelajar akan memperoleh sijil penyertaan dan bahkan mereka berpeluang memenangi medal penghargaan! Ini secara tidak langsung dapat meningkatan motivasi pelajar terhadap STEM!
Faktor Sekolah
Selain faktor pelajar, kaji selidik turut mendapati dasar 60:40 turut dipengaruhi faktor sekolah iaitu dari segi infrastruktur makmal sains.
Infrastruktur Makmal Sains

Menurut responden sebilangan makmal di sekolah dalam keadaan tidak lengkap dan mempunyai infrastruktur yang terhad.
Kelengkapan infrastruktur makmal sains yang terbatas menyebabkan pelajar tidak dapat meneroka sepenuhnya. Ini menyebabkan, rasa ingin tahu pelajar tidak akan bercambah, dan minat pelajar terhadap STEM juga akan berkurang.
Ini secara tidak langsung, mengakibatkan dasar 60:40 gagal dicapai.
Faktor Ibu Bapa

Faktor ketiga yang mempengaruhi penurunan pelajar dalam aliran STEM adalah faktor ibu bapa.
Segelintir ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka memilih STEM. Ini kerana, persepsi ibu bapa yang beranggapan peluang pekerjaan dalam bidang STEM adalah terhad dan tidak menguntungkan. Ini menyebabkan ibu bapa tidak menyokong pelajar dalam melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.
Tambahan pula, kesedaran ibu bapa terhadap STEM yang rendah menyebabkan pelajar tidak memilih aliran STEM. Ini secara tidak langsung menyebabkan berlaku penurun pelajar dalam aliran STEM setiap tahun.
Kesimpulan
Hasil kaji selidik mendapati bahawa pelajar, sekolah dan ibu bapa merupakan faktor yang mempengaruhi penurunan pelajar dalam STEM. Faktor-faktor ini telah menyumbang kepada kegagalan dasar 60:40.
Untuk meningkatkan kemasukkan pelajar dalam bidang STEM, pelajar perlu diberi pendedahan berkaitan STEM di usia muda.
Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan melibatkan pelajar dalam pertandingan berasaskan pendidikan seperti Kangaroo Math Competition, Kancil Science Competition dan Beaver Computational.
Ketiga-tiga pertandingan ini merupakan medium terbaik untuk memupuk minat pelajar dalam STEM sekaligus dasar yang ditetapkan oleh kerajaan dapat dicapai.