Isi Kandungan
Kembangkan pemikiran Matematik anak anda melalui Kangaroo Math Competition!
Kangaroo Math Competition (KMC) merupakan medium terbaik untuk mencabar diri dan membentuk kemahiran-kemahiran penting setiap murid. Tambahan pula, melalui Kangaroo Math Competition membantu perkembangan Matematik anak anda di usia muda.
Penglibatan pelajar di dalam Kangaroo Math Competition mampu:
Mengembangkan minat terhadap Matematik
Menjana kreativiti dan pemikiran kritis pelajar
Pelajar akan mampu untuk menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah
Blog kali ini akan mengupas:
Faedah Sertai Kangaroo Math Competition
Meningkatkan Pemahaman terhadap Konsep Matematik
Soalan-soalan di dalam KMC merangkumi pelbagai topik dan soalan yang beraras tinggi.
Melalui soalan-soalan ini, ia dapat menguji anak anda untuk berfikir di luar kotak dan memerlukan mereka untuk menyelesaikan soalan melalui pendekatan yang berbeza.
Ini membantu meningkatkan pemahaman mereka terhadap konsep Matematik.
Meningkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
Pembabitan dalam Kangaroo Math Competiton memerlukan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Berbanding dengan soalan Matematik yang biasa, soalan KMC ini terdiri daripada pelbagai soalan berbentuk KBAT.
Secara tidak langsung, membantu anak anda meningkatkan kebolehan menyelesaikan masalah lebih-lebih lagi dalam soalan berbentuk KBAT.
Minat terhadap Matematik semakin berkembang
Pada masa ini, ramai murid bergelut dengan subjek Matematik. Rata-rata mereka menganggap subjek ini hanya sebagai tugasan kerja rumah dan sekadar persediaan dalam peperiksaan.
Namun, dengan adanya Kangaroo Math Competition mampu membantu mengubah persepsi itu dengan menjadikan Matematik lebih menarik dan mengujakan.
Sebagai contoh, soalan-soalan KBAT di dalam KMC ini mampu memberikan kepuasan kepada mereka apabila berjaya menyelesaikan setiap soalan!
Menonjolkan portfolio murid
Penglibatan dalam Kangaroo Math Competition menunjukkan bahawa seorang murid itu:
Berdedikasi terhadap pendidikan mereka
Mempunyai etika yang tinggi
Mampu berfikir secara kritis dan kreatif.
Ini boleh menjadi aset yang sangat berharga untuk anak anda yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau meneruskan kerjaya dalam bidang seperti Kejuruteraan atau Sains Komputer.
Perbezaan Kangaroo Math Competition dengan pertandingan Matematik yang lain
Kangaroo Math Competition sangat berbeza daripada pertandingan matematik lain.
KMC terbuka kepada pelajar dari semua peringkat umur dan latar belakang.
Pertandingan ini dibahagikan kepada 6 kategori iaitu:
Pre Ecolier (Umur 7-8 tahun)
Ecolier (Umur 9-10 tahun)
Benjamin (Umur 11-12 tahun)
Cadet (Umur 13-14 tahun)
Junior( Umur 15-16 tahun)
Student (Umur 17-19 tahun)
Kangaroo Math Competition merupakan suatu pertandingan tahunan yang unik kerana ia diadakan di lebih 96 negara di seluruh dunia.
Tambahan pula, ia turut menyediakan platform antarabangsa untuk pelajar mempamerkan kebolehan mereka dalam subjek Matematik.
Tips untuk ibu bapa dan pelajar yang ingin menyertai KMC
Ibu bapa
Sokongan ibu bapa terhadap anak dalam membuat persediaan Kangaroo Math Competition amat penting. Ibu bapa perlu menyokong dan menggalakkan mereka dalam pembabitan pertandingan ini.
Bantu anak anda dalam menetapkan matlamat yang mereka ingin kecapi dalam KMC dengan cara membuat jadual belajar untuk mereka.
Selain itu, anda boleh menyediakan sumber rujukan dan latihan seperti buku kerja Matematik dan tutorial dalam talian untuk membantu mereka mempraktikkan kemahiran mereka.
Dapatkan Buku Kangaroo Math Competition DI SINI.
Pelajar
Bagi pelajar, kunci kejayaan dalam pertandingan matematik adalah dengan latihan yang berterusan.
Latihan yang terbaik adalah dengan mulakan menjawab past year question KMC.
Selain itu, memulakan menyelesaikan soalan secara berperingkat (dari soalan mudah ke sukar) untuk memberi keyakinan dalam menjawab.
Pengurusan masa juga penting supaya semua soalan dapat dijawab semasa pertandingan berlangsung.
Pendaftaran Kangaroo Math Competition 2023 Kini Dibuka!
Kangaroo Math Competition boleh menjadi peluang yang sangat baik kepada pelajar untuk mencabar diri mereka dan membangunkan kemahiran-kemahiran penting.
Pembabitan dalam pertandingan ini mampu membantu pelajar mengembangkan minat terhadap matematik, meningkatkan kebolehan menyelesaikan masalah dan membantu untuk menonjolkan portfolio peserta.
Bagi yang berminat untuk menyertai Kangaroo Math Competition. Kami ada berita baik untuk anda. Pendaftaran Kangaroo Math Competition kini dibuka! Anda boleh membuat pendaftaran di link di bawah.