Pada tahun 2022, MARA menerima 75 000 permohonan pelajar untuk belajar di MRSM. Namun hanya 7,500 pelajar baru Tingkatan 1 dan 2,000 pelajar baru Tingkatan 4 di tempatkan di MRSM di seluruh Malaysia pada setiap tahun.
Untuk ditempatkan ke dalam MRSM, hanya calon yang betul betul cemerlang dalam UKKM akan berjaya menempatkan diri.
Melalui perkongsian blog pada kali, kami akan kongsikan 7 tips lulus UKKM 2023.
- Latih Tubi Soalan Latihan UPSR & PT3
- Latih Tubi Soalan Berbentuk KBAT
- Beri Penekanan Berkaitan Topik Tertentu
- Latihan Soalan Kangaroo Math Competition
- Latihan Soalan Beaver Computational Thinking
- Latihan Soalan Kancil Science Competition
- Latihan di Pandai App
Kandungan Blog
Latih tubi soalan latihan UPSR & PT3
![LATIH TUBI SOALAN UPSR PT3](https://www.kangaroomath.com.my/wp-content/uploads/2023/01/LATIH-TUBI-SOALAN-UPSR-PT3-1024x569.jpg)
Calon digalakkan untuk mencari soalan-soalan UPSR dan PT3 sebagai persediaan menghadapi UKKM.
Latih tubi soalan ini mampu membantu anda dalam memahami corak soalan dan menyelesaikan masalah.
Soalan-soalan ini anda boleh perolehi di Buku dan Google. Di sini, kami sertakan beberapa set soalan sebagai rujukan anda.
Bagi Calon Tingkatan 1
Bagi Calon Tingkatan 4
Latih tubi soalan berbentuk KBAT
![Latih tubi soalan berbentuk KBAT](https://www.kangaroomath.com.my/wp-content/uploads/2023/01/Latih-tubi-soalan-berbentuk-KBAT-1024x569.jpg)
Antara kaedah yang terbaik untuk menguasai soalan berbentuk KBAT, adalah dengan membuat soalan sama secara berulang.
Melalui kaedah ini, calon mampu untuk memahirkan diri dan memahami bentuk soalan.
Jangan takut untuk melakukan kesilapan, kerana melalui kesilapan kita dapat pelajarinya. Ingat usaha tidak akan mengkhianati kita!
Beri penekanan berkaitan topik tertentu
![Beri penekanan berkaitan topik tertentu](https://www.kangaroomath.com.my/wp-content/uploads/2023/01/Beri-penekanan-berkaitan-topik-tertentu-1024x569.jpg)
Kaedah seterusnya adalah calon perlu memberi penekanan kepada topik-topik tertentu.
Calon perlu memahami konsep untuk setiap topik supaya membantu dalam memenuhi kehendak soalan.
Untuk Ujian Matematik UKKM, pastikan calon mencari dan buat latihan soalan berkaitan:
Calon Tingkatan 1:
Wang (Tahun 4 hingga 6)
Peratus
Pecahan
Perpuluhan
Nisbah
Calon Tingkatan 4:
Algebra dan Geometri (Tingkatan 1 hingga 3)
Wang (Tingkatan 1 hingga 3)
Nisbah
Kadar dan Kadaran
Simpanan dan Pelaburan
Kredit dan Hutang
***Untuk makluman, topik yang dinyatakan di atas hanya untuk membantu persediaan pelajar dalam menghadapi Ujian Matematik UKKM sahaja. Namun, topik ini bukanlah topik yang pasti keluar di dalam ujian tersebut. Tambahan pula, lebih baik untuk setiap calon memberi penekanan ke atas semua topik.
Latihan Soalan Kangaroo Math Competition
![](https://www.kangaroomath.com.my/wp-content/uploads/2023/01/Latihan-Soalan-Kangaroo-Math-Competition-1024x569.jpg)
Soalan-soalan di dalam Kangaroo Math Competition menguji kemahiran setiap pelajar dalam menyelesaikan masalah Matematik.
Tambahan pula, melalui Kangaroo Math anda dapat mengaplikasikan pengetahuan Matematik dan meningkatkan kreativiti melalui soalan-soalan aras tinggi.
Bagi calon tingkatan 1, anda boleh melakukan latihan menerusi set soalan kategori Benjamin. Manakala bagi calon tingkatan 4, anda boleh menjawab set soalan kategori Junior.
Anda perlukan buku latihan Kangaroo Math? Klik di bawah:
Untuk meneroka lebih banyak soalan-soalan Matematik berbentuk KBAT, anda boleh menyertai pertandingan Matematik DI SINI.
BACA JUGA:
Contoh Soalan Matematik UKKM
Latihan Soalan Beaver Computational Thinking
![](https://www.kangaroomath.com.my/wp-content/uploads/2023/01/Latihan-Soalan-Beaver-1024x569.jpg)
Di dalam soalan Beaver Computational Thinking, pelajar diuji dengan kemahiran menyelesaikan masalah pengiraan berkaitan subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK).
Bagi calon tingkatan 1, anda boleh melakukan latihan menerusi set soalan kategori Benjamin. Manakala bagi calon tingkatan 4, anda boleh menjawab set soalan kategori Junior.
Untuk mendapatkan buku latihan Beaver Computational Thinking, anda boleh dapatkan DI SINI.
Sekiranya berminat untuk mencabar diri dalam menyelesaikan soalan Sains Komputer anda boleh daftar DI SINI.
LIHAT JUGA:
4 Komponen UKKM 2023 Yang Perlu Anda Tahu! (BESERTA CADANGAN SILIBUS)
Latihan Soalan Kancil Science Competition
![Latihan Soalan Kancil](https://www.kangaroomath.com.my/wp-content/uploads/2023/01/Latihan-Soalan-Kancil-1024x569.jpg)
Kancil Science Competition merupakan pertandingan yang menawarkan soalan-soalan berkaitan pengetahuan am Sains yang berbentuk KBAT.
Set soalan pertandingan ini sesuai untuk dijawab oleh calon-calon yang menduduki UKKM, sebagai medium persediaan pelajar dalam subjek Sains.
Bagi calon tingkatan 1, anda boleh melakukan latihan menerusi set soalan kategori Beta. Manakala bagi calon tingkatan 4, anda boleh menjawab set soalan kategori Gamma.
Untuk mendapatkan lebih banyak soalan-soalan pengetahuan Sains yang berbentuk KBAT, anda boleh menyertai pertandingan Sains DI SINI.
BACA JUGA:
Contoh Soalan Sains UKKM
Latihan di Pandai App
![Latihan Pandai App](https://www.kangaroomath.com.my/wp-content/uploads/2023/01/Latihan-Pandai-App-1024x569.jpg)
Pandai App merupakan aplikasi pembelajaran yang membantu pelajar mencapai gred yang lebih baik dalam peperiksaan melalui ciri-ciri yang menarik seperti:
- Daily Quiz
- Practice
- Notes
- Text Book
- Live Tuitions
- Quiz Battle
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aplikasi ini, anda boleh kunjungi laman web Pandai.
Penutup
Itu sahaja, 7 tips lulus UKKM yang kami kongsikan di dalam blog kalini.
Antara 7 tips lulus UKKM yang kami kongsikan tadi, mana satu yang akan anda lakukan dulu? Adakah tips berkaitan latih tubi Kangaroo Math Competition? Atau latih tubi berkaitan Kancil Science?
Mana-mana pun pilihan anda, maklumkan kepada kami di ruangan komen di bawah. Semoga berjaya diucapkan kepada semua calon untuk mendapatkan tempat di MRSM.
Sumber Rujukan: Izzah Sazahly