Anda perlukan panduan lengkap untuk membuat permohonan ke MRSM? Teruskan membaca untuk mendapatkan panduan lengkap ini. Permohonan MRSM akan dibuka secara atas talian melalui pengumuman rasmi dari laman web rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Untuk makluman, MARA akan berikan keutamaan lebih kepada kalangan calon dari keluarga yang miskin B40 dan pendapatan rendah. Namun kepada yang ingin mencuba turut diberikan ruang dan peluang.
Pemohon bakal melakukan semakan maklumat selanjutnya dengan info yang diberikan termasuk tarikh buka permohonan dan tarikh tutup dan juga syarat kemasukan MRSM.
Borang Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan 4 2023
Permohonan ke MRSM tingkatan 1 boleh mula dibuat melalui pautan di jadual bawah ini :
- Tarikh Permohonan Kemasukan MRSM 2023: OGOS
- Tarikh Tutup Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1: SEPTEMBER
- Link Pautan Permohonan Online Kemasukan Tingkatan 1: https://www.mara.go
SENARAI SISTEM PENDIDIKAN

Untuk maklumat, terdapat pelbagai Sistem Pendidikan yang ditawarkan di MRSM iaitu:-
Program Premier – (pembelajaran berlandaskan sistem kebangsaan & MARA)
Program IGCSE – (pembelajaran ke arah sistem STEM yang menawarkan kelulusan Cambridge IGCSE dan SPM)
Program Ulul Albab – (pembelajaran ke arah STEM bersama aliran keagamaan TAHFIZ AL QURAN)
Program Teknikal – (pembelajaran teknikal ke arah STEM melalui Sains Kejuruteraan)
Program IB MYP – (pembelajaran ke arah STEM)
Program Khas Pendidikan PKP – (membangunkan bakat pelajar ke aras sistem P&P pintar dan cerdas ke arah STEM)
Sekiranya berminat dengan salah satu program di atas, pastikan anda letakkan pada pilihan pertama semasa melakukan pendaftaran permohonan Tingkatan 1 / Tingkatan 4.
Bagi pelajar tingkatan 4, anda perlu memilih program yang anda inginkan samada Teknikal, Premier ataupun Sains Keusahawanan.
Sila pastikan permohonan Tingkatan 1 / Tingkatan 4 yang anda hantar lengkap dan mengikut format yang ditetapkan supaya pengambilan ke atas permohonan anda mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak MARA
Mana-mana yang terpilih untuk salah satu program samada IGCSE, Ulul Albab, Teknikal, anda mesti menghadiri sendiri panggilan ujian kelayakan. Anda akan dimaklumkan kelak melalui emel dan SMS.
Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4
Sila semak syarat kelayakan umum permohonan kemasukan MRSM 2023.
Berikut merupakan syarat permohonan kemasukkan MRSM yang telah ditetapkan oleh pihak MARA.
- Anda mestilah bekas pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) ataupun Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
- Setiap calon perlu mengambil Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan perlu menghadiri temuduga pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
- Calon perlu LULUS semua 4 Ujian UKKM (Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Ujian Kepribadian).
- Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum akan diberikan keutamaan.
- Bagi pelajar yang ingin masuk MRSM untuk program Ulul Albab, wajib ambil ujian hafazan.
Apa itu Ujian UKKM?

Ujian UKKM merupakan ujian wajib untuk pelajar yang ingin belajar di MRSM bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
UKKM ini amat penting untuk pelajar yang ingin belajar di MRSM lebih-lebih lagi selepas pemansuhan UPSR dan PT3.
Artikel Berkaitan:
Berapakah yuran pengajian di MRSM?
Berdasarkan pencarian di internet, yuran yang dikenakan adalah sangat murah. Berikut adalah contoh yuran yang perlu anda bayar:-

Soalan Lazim & FAQ berkaitan Permohonan MRSM
Berikut merupakan soalan lazim berkaitan permohonan MRSM.
Saya berminat nak masuk Program Ulul Albab. MRSM manakah yang menawarkan program Ulul Albab ini?
Terdapat 5 MRMS yang menawarkan program Ulul Albab.
Antara MRMS yang menawarkan program tersebut adalah Gemenceh, Kota Bharu, Kepala Batas, Sungai Besar dan Semporna.
Apakah perbezaan antara Program IGCSE vs International Baccalaureate Middle Years Programme (IBMYP) vs Teknikal
- IGCSE : Pelajar program ini akan belajar sama dengan pelajar Premier. Apabila mengambil program ini, anda akan berpeluang untuk belajar 3 pilihan bahasa ketiga iaitu Mandarin atau Jepun atau Perancis dan bakal ambil exam Cambridge Secondary 1 & 2.
- IBMYP : Pelajar akan berpeluang belajar sistem yang digunakan dalam Sistem Pendidikan International Baccalaureate
- Teknikal : Pelajar berpeluang untuk belajar mengenai Teknikal seawal Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3. Ini akan memudahkan pelajar untuk sambung kejuruteraan pada Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kelak.
Kebiasaan bilakah iklan permohonan kemasukan ke MRSM akan keluar dan diwawarkan?
Kebiasaan permohonan tawaran ke MRSM akan keluar pada bulan September setiap tahun.
Kebiasaan bilakah iklan permohonan kemasukan ke MRSM akan keluar dan diwawarkan?
- Tingkatan 1: Bulan Januari setiap tahun
- Tingkatan 4: Bulan Februari & Mac setiap tahun