Hi adik-adik!
Hari ini, abang nak ajar sifir yang paling senang dan mudah iaitu sifir 3.
Bagi adik-adik yang masih bergelut nak hafal sifir 3 ini, jangan risau tau! Abang akan sediakan kaedah semudah ABC untuk adik-adik kuasai sifir 3 ini.
Jom kita mulakan!
Jadual Sifir 3
Sebelum itu, jom kita perhatikan jadual sifir 3 ini dulu.
Kalau adik-adik perhatikan, jadual sifir ini terdiri daripada nombor 1 sampai nombor 10.
Kemudian, semua nombor tersebut akan didarab dengan 3 dan hasilnya akan seperti jadual sifir di bawah.

Kaedah Pantas Bina Sifir 3
Jadi, abang nak ajar cara mudah untuk kuasai sifir 3 ini.
1. Lakarkan 3 Petak
Langkah pertama, adik-adik hanya perlu lakarkan 3 petak seperti gambar di bawah.

Macam adik-adik main tic tac toe je. Siapa dekat sini, pandai main tic tac toe.
Haaa jadi senang lah adik-adik nak kuasai sifir 3 ni, sebab kita akan guna tic tac toe dalam sifir 3 kalini.
2. Isikan Nombor (Bawah ke Atas)
Langkah kedua, selepas adik-adik lakar 3 petak. Adik-adik perlu isikan nombor mengikut turutan.
Isikan nombor daripada bawah ke atas, mengikut bilik masing-masing.

Sifir 3 - Bilik Pertama
Kita isikan nombor daripada bawah ke atas di dalam bilik pertama. (1,2,3)

Sifir 3 - Bilik Kedua
Kemudian isikan nombor daripada bawah ke atas di dalam bilik kedua. (4,5,6)

Sifir 3 - Bilik Ketiga
Seterusnya, isikan nombor daripada bawah ke atas di dalam bilik ketiga (7.8,9)

3. Isikan Nombor Mengikut Nombor Bilik
Langkah ketiga, adik-adik isikan nombor mengikut panduan di bawah:-
Baris Pertama - Bilik Sifar
Baris pertama iaitu namanya bilik sifar, adik-adik isikan nombor sifar di hadapan setiap nombor di bilik ini.

Baris Kedua - Bilik Satu
Baris kedua iaitu namanya bilik satu, adik-adik isikan nombor 1 di hadapan setiap nombor di bilik ini.

Baris Ketiga - Bilik Dua
Baris ketiga iaitu namanya bilik kedua , adik-adik isikan nombor 2 di hadapan setiap nombor di bilik ini.

Okayy dah siap sifir 3!
“Abang dekat mana sifir 3 abang?”
Sebenarnya yang lakaran adik-adik buat di atas, itulah sifir 3. Kita baca sifir 3 dari atas bermula kiri ke kanan.
Bermula daripada 03, 06, 09,12,15,18,21,23 dan 27. Cuba adik-adik perhatikan kaedah ini dengan jadual sifir 3. Sama tak?


Hehe mudah tak nak kuasai sifir 3? Semoga perkongsian abang dapat memberi manfaat kepada adik-adik yang nak kuasai sifir 3!
Sebelum abang akhiri blog kalini, abang nak bagitau yang pendaftaran Kangaroo Math Competition 2023 kini dibuka.
Bagi adik-adik yang ingin mencabar diri dengan soalan-soalan Matematik yang beraras tinggi (KBAT), adik-adik boleh sertai pertandingan ini. Untuk pendaftaran klik DI SINI!
Nak belajar Sifir 2? Klik DI SINI.