Buku Teks Matematik Tingkatan 4

Buku Teks Matematik Tingkatan 4 KSSM (PDF) – [LENGKAP]

[LENGKAP]: Buku Teks Matematik Tingkatan 4 KSSM (PDF) – BAB 1 hingga BAB 10.

Terdapat 10 bab yang telah disusun dan dirancang secara sistematik berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk mata pelajaran Matematik Tingkatan 4 Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buku Teks Matematik Tingkatan 4
Buku Teks Matematik (Bab 1 - Bab 10)

Di bawah dikongsikan senarai bab yang perlu dipelajari oleh pelajar dan pautan untuk memuat turun buku ini sebagai rujukan.

Senarai Bab Matematik Tingkatan 4

Bab 1: Fungsi dan Persamaan Kuadratik dalam Satu Pemboleh Ubah

Fungsi dan Persamaan Kuadratik banyak digunakan dalam bidang sains, perniagaan, sukan dan sebagainya.

Dalam arena sukan, fungsi kuadratik menjadi penting dalam acara-acara sukan seperti lontar peluru, lempar cakera dan merejam lembing.

Buku Teks Matematik Tingkatan 4

Dalam seni bina pula, binaan melengkung berbentuk parabola yang sebenarnya amat berkait rapat dengan penguasaan konsep kuadratik.

KLIK DI SINI – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 (Bab 1).

Bab 2: Asas Nombor

Asas nombor adalah kunci untuk segala pengiraan dalam kehidupan harian.

Antara bidang yang boleh diceburi ialah Sains Komputer dan bidang-bidang lain yang menggunakan teknologi maklumat sebagai asas penyelidikan dan pembangunan seperti bioteknologi, teknologi reka bentuk dan farmasi.

KLIK DI SINI – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 (Bab 2).

Bab 3: Penaakulan Logik

Selain perbahasan, penaakulan logik juga sering diaplikasikan dalam bidang elektronik terutamanya dalam kitaran elektronik.

Penakulan Logik turut memainkan peranan penting dalam pengaturcaraan komputer dan reka bentuk perkakasan komputer.

Buku Teks Matematik Tingkatan 4

Dalam kehidupan kita, ia diaplikasikan dalam proses menyelesaikan masalah kerana dapat mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan analitis dalam diri pelajar.

KLIK DI SINI – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 (Bab 3).

Bab 4: Operasi Set

Operasi set digunakan untuk mewakili, mengumpul dan mengkaji data yang serupa dalam kehidupan harian.

Ilmu ini menjadi asas kepada bidang yang memerlukan analisis seperti pengaturcaraan, statistik, ekonomi, pasaran saham dan sebagainya.

KLIK DI SINI – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 (Bab 4).

Bab 5: Rangkaian dalam Teori Graf

Rangkaian digunakan untuk mengaitkan objek-objek dalam bidang yang sama berdasarkan kehendak bidang tersebut.

Rangkaian digunakan secara meluas dalam bidang pengangkutan, komputer, sosial, perniagaan, perubatan, sains, penyiasatan dan permainan.

KLIK DI SINI – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 (Bab 5).

Kangaroo Math Competition

Untuk SEMUA pelajar sekolah di Malaysia, Kangaroo Math Competition kini kembali!

Pertandingan Matematik terbesar di dunia ini akan mendedahkan kepada semua pelajar di seluruh tentang soalan-soalan berbentuk KBAT. Melalui pertandingan ini mampu membantu pelajar-pelajar untuk berfikir diluar kotak & sekaligus meningkatkan imaginasi mereka!

Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini, KLIK DI SINI!

Bab 6: Ketaksamaan Linear dalam Dua Pembolehubah

Pengetahuan dalam ketaksamaan linear merupakan asas kepada bidang pengaturcaraan linear.

Pengetahuan ini sangat penting dalam bidang perniagaan, dunia korporat dan bidang-bidang lain yang memerlukan hasil optimum iaitu keuntungan maksimum dengan kos yang minimum.

KLIK DI SINI – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 Bab (6).

Bab 7: Graf Gerakan

Pengetahuan dalam gerakan sangat penting dalam bidang automobil, sains sukan, fizik, kejuruteraan, astronomi dan sebagainya.

KLIK DI SINI – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 Bab (7).

Bab 8: Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul

Statistik membantu manusia untuk membuat kajian secara efektif, membina kemahiran berfikir secara kritis dan analitis serta memudahkan seseorang membuat keputusan yang tepat dengan berpandukan data.

Sehubungan dengan itu, penguasaan ilmu statistik membolehkan kita untuk melakukan penambahbaikan secara berfokus serta membuat ramalan atau andaian secara berasas.

Kemahiran ini sudah tentu amat penting dalam dunia kerjaya dan kehidupan seharian.

KLIK DI SINI – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 Bab (8).

Bab 9 : Kebarangkalian Peristiwa Bergabung

Kebarangkalian digunakan dalam bidang sukan dan juga insurans untuk menentukan premium.

Ilmu kebarangkalian juga diaplikasikan dalam bidang pengeluaran dan perniagaan terutamanya dalam pengurusan risiko.

KLIK DI SINI – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 Bab (9).

Bab 10: Matematik Pengguna

Pengurusan Kewangan Pengurusan kewangan yang efisien diperlukan dalam kehidupan seharian.

Pengetahuan tentang pengurusan kewangan boleh diaplikasikan dalam bidang perakaunan, bursa saham, perniagaan dan sebagainya.

KLIK DI SINI – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 Bab (10).

Pautan Muat Turun

Pelajar boleh memuat turun salinan digital mata pelajaran Matematik Tingkatan 4 pada pautan yang disediakan dibawah:

Diharapkan perkongsian di atas dapat membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan mengulangkaji pelajaran

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Read More

Open chat
1
Hi, how can I help you?
Hello 👋
Can we help you?