Semakan bagi keputusan kemasukan MRSM bagi pelajar ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini boleh disemak mulai harini.
Semakan boleh dibuat pada jam 8 malam ini.
Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau e-mel didaftarkan semasa permohonan.

Keputusan Kemasukan MRSM - SEMAKAN , PENGESAHAN & RAYUAN
Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di www.mara.gov.my, selain mendapatkan makluman terkini melalui portal dan semua platform media sosial agensi itu.
Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari. Tawaran berkenaan dianggap terbatal, jika calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh ditetapkan.
Permohonan rayuan ke MRSM akan mula dibuka secara dalam talian, bermula pada 7 hingga 14 Mac ini.

Pertukaran penempatan adalah tidak dibenarkan sepanjang pengajian di MRSM dengan pendaftaran baharu ditetapkan pada jam 8.30 pagi, 21 Mac ini.
Untuk makluman, MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar
Pada tahun ini, MARA menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar,
Sumber Rujukan: Berita Harian
Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-
- Matematik – Blog Kangaroo Math
- Sains – Blog Kancil Science
- Komputer Sains – Blog Beaver Computational Thinking
- Ekonomi – Blog Kijang Economy