Bagi sesetengah pelajar, subjek Matematik boleh dikatakan subjek yang kurang menarik, susah dan membosankan. Di mata mereka, Matematik ni hanya sekadar menghafal formula-formula.
Tapi tanggapan tu tak betul tau! Sebenarnya untuk seseorang pelajar itu mahir dalam subjek ini, mereka kena tahu tips Matematik dengan betul je.
“Tips? Tips apa pula ni”
Haa haa, mesti tertanya-tanyakan.
Dalam blog kalini kita akan kongsikan 5 tips Matematik untuk korang mahir dalam subjek ini!
5 Tips Matematik
1) Tips Matematik: Praktikkan D1D3Q (dibaca sebagai DIDIK)

“Haa sudah apa benda pula D1D3Q ni” – D1D3Q bermaksud Do 1 Day (at least) 3 Questions.
D1D3Q ini adik-adik, sebenarnya satu akronim yang selalu cikgu gunakan untuk pelajar-pelajar. Kalau adik-adik perasan, setiap kali Matematik mesti cikgu akan bagi soalan, hmm paling kurang 3 soalan sehari kan?
Haaa maksudnya, paling sikit atau terlampau sibuk sekalipun, mesti jawab tiga soalan sehari.
Ya, tiga soalan je! Hari yang lapang, korang pilihlah tiga soalan Kertas 2. Tapi kalau hari yang paling sibuk, pilihlah tiga soalan objektif. Kan mudah tu.
Kita biasa dengar ‘practice makes perfect’, istilah ni menggalakkan kita untuk terus mencuba dan menjawab seberapa banyak soalan Matematik setiap hari. Percayalah, semakin banyak soalan yang dijawab, semakin powerlah kita dengan soalan Matematik.
Sampai satu masa, adik-adik akan perasan yang rupanya soalan Matematik ini pattern dia sama sahaja. Hanya ayat, situasi dan nombornya sahaja yang bertukar untuk diselesaikan hingga mendapat jawapan yang betul.
2) Tips Matematik: Jawab semua soalan SPM sebenar tahun sebelumnya

Untuk adik-adik yang tingkatan 4 atau 5, pernah tak cikgu suruh adik-adik jawab soalan sebenar SPM tahun-tahun lalu? Mesti pernah punya kan!
Sebenarnya bila buat soalan-soalan SPM tahun sebelumnya ni, adik-adik akan semakin terbiasa dengan bentuk-bentuk soalan rutin, soalan bukan rutin serta soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang akan ditanya dalam soalan Matematik SPM sebenar nanti.
Secara tidak langsung, adik-adik akan lebih bersedia untuk menjawab soalan Matematik dengan lebih yakin sewaktu peperiksaan Kertas Matematik SPM nanti.
Dunia sekarang ni makin canggih dan nak dapatkan maklumat sekarang di hujung jari je. Adik-adik boleh cari soalan SPM tahun sebelumnya di internet ataupun boleh beli buku-buku past year question.
Jadi, manfaatkan semua soalan tersebut. Pastikan korang cuba menjawab setiap soalan SPM sebenar sekurang-kurangnya untuk SPM lima tahun terkini tau!
3) Tips Matematik: Kuasai teknik menjawab langkah demi langkah dengan betul

Untuk subjek Matematik khususnya, langkah kerja adalah teramat penting.
Penyelesaian dengan jalan kerja yang tidak lengkap atau tidak tepat, walaupun anda memberikan jawapan akhir yang betul, tetap akan kehilangan markah.
Tak ke rugi tu bila adik-adik hilang markah pada soalan pada soalan yang sepatutnya boleh dapat markah penuh!
Jadi, pastikan adik-adik kuasai betul-betul teknik menjawab supaya tidak tertinggal sebarang langkah pengiraan penting!
4) Tips Matematik: Mahirkan diri menggunakan kalkulator saintifik

Apabila menjawab soalan Matematik, semua pelajar akan bawa bersama kalkulator saintifik.
Alangkah rugi jika kita ada kalkulator saintifik tetapi tidak mahir menggunakan kalkulator dengan bijak.
Oleh itu, adik-adik perlu mahirkan diri dalam menggunakan kalkulator saintifik. Kalau ada masalah, minta bantuan kawan-kawan atau cikgu semasa dalam kelas. Jangan diam je, nanti kamu juga yang susah semasa SPM nanti!
5) Tips Matematik: Tidak dapat semua, jangan tinggal semua

Untuk tip di saat akhir, adik-adik perlu bijak untuk cemerlang dalam kertas peperiksaan Matematik.
Bagi adik-adik yang masih lemah, kamu boleh cuba strategi ini untuk skor Matematik. Kamu tidak perlu untuk mahir dalam semua topik, cukup sekadar memilih beberapa topik yang mudah untuk dikuasai.
Bila dah kenal pasti topik, mohon fokus dan mahirkan diri dengan jalan kerja yang betul untuk dapat markah penuh. Insya-ALLAH, pasti boleh!
Itu sahaja 5 tips Matematik untuk dapat A+ dalam SPM. Semoga berjaya kepada calon-calon yang akan menduduki SPM. Insya-Allah, pasti korang boleh punya!
Sebelum kita akhiri blog kalini, admin nak bagitau yang pendaftaran Kangaroo Math Competition 2023 kini dibuka.
Bagi adik-adik yang nak cabar diri dengan soalan-soalan Matematik yang beraras tinggi (KBAT), adik-adik boleh join tau! Klik je button di bawah!
Sumber Rujukan Artikel: Sinar Bestari